CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 2, 2008

RAMADHAN datang lagi =)



Alhamdullilah..syukur ke hadratNya..aku dapat menjalani ibadah puasa tahun ni..Bulan mulia ni sama2 lah kita buat ibadat kumpul pahala..Bulan ni boleh la kita diet, bg perut ni rest skit setelah 11 bulan asyik bekerja saja..tips dr aku untuk org yg berdiet..elakkan diri anda dr pergi ke pasar ramadhan..haha takut tak tertahan nafsu tgk juadah yg sedap2 tu walaupun rasanya xtau la sedap ke tak..sebabnya org yg buat juadah tu pon puasa gk, tak leh nak rasa..hehe..puasa tahun ni rasa ok je kalau nk banding dgn tahun2 yg lepas..1st day puasa pon ok, tak de letih sgt..lega jugak sbb skrg ni pon musim hujan so tak de la panas sgt..hujan juga dpt mengelakkan aku dr pegi pasar ramadhan..tp x sabar nk balik Alor Star,nk berbuka kat umah n nk p pasar ramadhan kt stadium..bestye..so kawan2 jangan tinggal puasa ye!!

SELAMAT BERPUASA


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

0 comments:

Post a Comment