CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 28, 2008

Balik Kampung Fever

Yeay...syoknya dapat balik kampung...dr pg aku dh tak de mood nk g keje..bosan btul..kalau hari sabtu tak keje mesti jumaat malam aku dh balik umah..as previous year, untuk mengelakkan jem kat jalan duta which directly coz me headache as nak cr parking pon will take hours, so after bukak puasa around 8.30 pm mcm tu aku terus gerak ke jalan duta..i'm very shocked sbbnya jalan very clear,parking pon very senang nk cr,dapat parking kat dalam lagi..cr tempat duduk sementara tunggu bas pon senang..huhuhu...tp kene tunggu lama la sbbnya dh sampai awal..bas kul 10.45pm tp kul 9 dh sampai jalan duta..last year,tym nk balik tu mmg tension...parking pon xdak..sampai kene paking tepi highway..duh..kene jalan jauh tu...nasib baik tahun ni ok...maybe ramai yg dh balik ari jumaat kot..haha..Erm...bestnya balik kampung...ooooooo balik kampung...hati girang =)

Friday, September 26, 2008

Cerita Tali Gantung..

Semoga menjadi pengajaran dan peringatan buat kita semua..
Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. Setiap satu berharga di antara RM4k hingga RM5k. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90kg selama 72 jam. Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi. Setiap tali gantung yg diterima ada perkiraannya, tak boleh pasang, ada cara-cara yang perlu diikuti. Terdapat empat jenis tali dan dipilih mengikut berat banduan. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas. Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza. Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung). Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.' Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung redha setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan. Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir. Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. 'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman. Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
Bagi mereka yg menjalankan tugas khas ini, ia memberikan banyak keinsafan. Nasihat bt ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah. Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas. Kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
Sedih..Takut..Insaf..
Itulah yg aku rasa bila aku baca rencana ni..
Ya Allah, kau peliharalah diriku, keluargaku, adik2 ku dan keturunanku dr segala perkara yg tidak mendapat keberkatan dariMu..Amin
Alhamdulillah, aku dilahirkan dlm keluarga yg menitik beratkan pendidikan dunia dan akhirat dan aku percaya institusi kekeluargaan amat penting dalam membentuk diri seseorang..

Time to include Raya song in ur MP3

Perkara inilah yg akan dilakukan sebaik masuk sahaja ke minggu ke3 di bulan puasa. ada org yang awal2 bulan puasa dh buat ringtone lagu raya..Tp bg aku, its too early.. Dkt2 nk raya baru ada feel skit. Biasalah bila di perantauan ni, dengar lagu raya merupakan sesuatu yg wajib..Nk dekat raya lagilah, feel nk balik kampung tu lagilah terasa..Best..
Selalunya aku download lagu raya dlm MP3 player so that dlm bas otw balik kampung tu boleh la dengar. Bagi aku lagu raya yg lama2 sangat best berbanding lagu raya yg baru2 nih. itu taste aku la.xtaula org lain mcmmana pulak.. Tp ada jugak lagu raya yang baru, yg sedap didengar. Contohnya lagu2 dr Siti Nurhaliza.
So for those yang nk download lagu raya, ni ada link yg memudahkan korg utk download..Enjoy..

Thursday, September 25, 2008

Papa visiting my blog !!


Hi Hi...
Hai Pa..
Hope u read this..
This morning, it not as usual at office. Maybe ada yg dh balik kg or may be lot of them yg in holiday mood.So i manage to have some tym to myself..Tiba2 teringat pasal duit raya..Few days ago, ada sms papa suruh tukarkan duit raya..Erm..tgh free ni, call lah papa tanya dh tuka ke blom..
Dielia : Hai pa..Bt apa tu?
Papa : Tgh tgk blog..
Ha??? (Confusing dilia..) haha..eh??since when papa tau aku ada blog nih??haha..luckily tak de tulis apa2 yg secret.hehE
MAMA PAPA @ my convo
Mama and Papa I love u so much...

Tuesday, September 23, 2008

Traffic Jam =(

Grrrrr.....


Dont understand since early puasa ari tu, jalan nk ke KL mcm kene block je..sakit jiwa betul la..nasib baikla bulan puasa, so kene banyak2 la sabar..yang bestnye, my meter show its almost 0km/j..then u guys can imagine la how terrible the jam is..sepatutnya from my house to office, kalau jalan lengang dalam 15 min dh bleh sampai...tp sejak bulan puasa ni kadang2 sejam pon xtentu sampai lg..so pas sahur dh xleh tido..takut terbabas nk bangun pg..huhu

Friday, September 19, 2008

Adat Merisik

Merisik atau menengok
I
bu bapa seseorang lelaki akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri anaknya. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada keseluruhannya. Sebilangan besar orang Melayu kini membiarkan pilihan isteri kepada anak-anak lelaki mereka. Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan, ibu bapa anak lelaki akan membuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan itu. Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luar bandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu, gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik. Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia. Bagaimanapun,[kepercayaan karut] ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.
alhamdulillah, adat merisik aku =) telah selamat dilangsungkan pada 30 ogos 2008

Sunday, September 7, 2008

Happy Birthday to Me!!

it's already pass a few days after my 25th birthday..syukur alhamdulillah dapat aku meraikan harijadi yang ke 25 nih..and for the first tym (rasanya la..) birthday aku nih jatuh dalam bulan puasa..nothing special, ari keje..keje mcm biasa lah..balik umah buka puasa pon macam biasa..nak makan besar kene tunggu weekend la..makin besar ni, aku rasa makin kurang seronok meraikan harijadi..kalau dulu syok..dapat collect present banyak..huhu..skrg ni harap present dr my E ngan mama papa je lah..but after all its the thought that counts..kan..kan..kan..
wish for this 25th bday..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..sentiasa berada di dalam iman dan diberi keredhaan ilahi...jadi anak yg soleh n wife to be (someday) yg setia dan patuh..amin..=)

Selamat Pengantin Baru Ida


Ida my first bestfriend who get married..bit sedey coz she wont be the same ida lg..maybe a bit of changes as she already change the title..happy sebab ida dh move to next step in life and she found someone yg bg aku could take good care of her..tak banyak yg nk tulis kat sini..macam mana aku kenal ida, sama je citer macam mana aku kenal geng2 yg lain..kami mula kawan rapat masa form 2 kat sultanah asma..we do all things together..best sangat tym tu..huhu sedih sbb tak dpt ulang lg semua benda tuh..happy sangat sbb by that tym aku really enjoy my life as benda tu kita dapat rasa sekali je dalam hidup..lepas ni turn kak win pulak..wish her happy ever after marriage..ida..you'll always be love..

Kedah Juara Piala Malaysia 2008







Kedah melengkapkan musim gemilangnya dengan menjuarai Piala Malaysia buat dua tahun berturut-turut dan mencipta rekod unik, juara berganda untuk tiga piala dalam dua musim. Kemenangan ini di capai hasil usaha padu daripada keseluruhan pasukan Kedah - pemain dan pengurusan untuk mencipta kejayaan gemilang ini. Dalam perlawanan yang disaksikan lebih 40000 orang penyokong, Gergasi Merah Kuning membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 menerusi Frank Seator. Sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin menuju gawang dan penjaga gol Helmi Eliza Elias, yang beberapa jam terdahulu diisytihar Pemain Paling Popular dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, sekadar menampan bola ke kaki Seator yang menyambar peluang itu dengan senang hati. Namun Kedah bukan calang-calang pasukan. Dengan Nelson San Martin menjadi kemudi tengah membekalkan peluang kepada Marlon James dan Khyril Muhymeen Zambri, hantaran dan pergerakan Hijau Kuning lebih kemas.
Menerusi satu umpanan tepat Nelson, Marlon meloloskan diri sebelum menyepak jaringan penyamaan dengan tenang pada minit ke-32. Belum sempat Selangor bangkit bernafas semula, Kedah menghukum kealpaan benteng pertahan Merah Kuning seminit kemudian.
Percubaan Khyril Muhymeen Zambri ditampan Evans Chisulo dan bola yang berlegar sekitar luar petak penalti itu pantas disambar oleh Nelson yang melihat tendangannya mencecah jaring Suffian Abdul Rahman. Lima minit kemudian gol Selangor bocor lagi. Tertekan, bek Selangor Razman Roslan tersilap umpan kepada Fadly Baharom, Pemain Muda Paling Popular 2008, yang terus menyepak tinggi menewaskan Suffian. Dengan kedudukan 3-1 kepada Kedah pada separuh masa pertama, sudah tentu Selangor sukar untuk mengheret Kedah ke masa tambahan. Bagaimanapun, Safee Sali memberi sekelumit harapan kepada penyokong setia Selangor apabila dia merapatkan kedudukan pada minit ke-78 menerusi percubaan cantik dari luar kotak penalti. Kesudahannya, bagaimanapun, tidak berubah. Kedah mengekalkan kejuaraan, manakala Nelson dinobatkan selaku Pemain Terbaik Perlawanan.
i've been there n seen that..memang best giler 3/4 of the stadium dipenuhi oleh penyokong kedah.ni kira kenangan la sbb 1st time p tgk bola n memang tidak mengecewakan. =) head off la malam tu..masa gol tu mmg aku kun n mas lompat tak ingat dunia..disebabkan jarak gol kedah yg 1st ngan yg 2nd tu tak berapa jauh masanya, sakit dada gak lah melompat...yelah lama tak excersize..haha..thumbs up la...pas ni nak p tgk lagi..

Tuesday, September 2, 2008

RAMADHAN datang lagi =)



Alhamdullilah..syukur ke hadratNya..aku dapat menjalani ibadah puasa tahun ni..Bulan mulia ni sama2 lah kita buat ibadat kumpul pahala..Bulan ni boleh la kita diet, bg perut ni rest skit setelah 11 bulan asyik bekerja saja..tips dr aku untuk org yg berdiet..elakkan diri anda dr pergi ke pasar ramadhan..haha takut tak tertahan nafsu tgk juadah yg sedap2 tu walaupun rasanya xtau la sedap ke tak..sebabnya org yg buat juadah tu pon puasa gk, tak leh nak rasa..hehe..puasa tahun ni rasa ok je kalau nk banding dgn tahun2 yg lepas..1st day puasa pon ok, tak de letih sgt..lega jugak sbb skrg ni pon musim hujan so tak de la panas sgt..hujan juga dpt mengelakkan aku dr pegi pasar ramadhan..tp x sabar nk balik Alor Star,nk berbuka kat umah n nk p pasar ramadhan kt stadium..bestye..so kawan2 jangan tinggal puasa ye!!

SELAMAT BERPUASA


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."