Merisik atau menengok
Ibu bapa seseorang lelaki akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri anaknya. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada keseluruhannya. Sebilangan besar orang Melayu kini membiarkan pilihan isteri kepada anak-anak lelaki mereka. Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan, ibu bapa anak lelaki akan membuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan itu. Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luar bandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu, gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik. Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia. Bagaimanapun,[kepercayaan karut] ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.

alhamdulillah, adat merisik aku =) telah selamat dilangsungkan pada 30 ogos 2008
.jpg)

0 comments:
Post a Comment