CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 7, 2008

Kedah Juara Piala Malaysia 2008







Kedah melengkapkan musim gemilangnya dengan menjuarai Piala Malaysia buat dua tahun berturut-turut dan mencipta rekod unik, juara berganda untuk tiga piala dalam dua musim. Kemenangan ini di capai hasil usaha padu daripada keseluruhan pasukan Kedah - pemain dan pengurusan untuk mencipta kejayaan gemilang ini. Dalam perlawanan yang disaksikan lebih 40000 orang penyokong, Gergasi Merah Kuning membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 menerusi Frank Seator. Sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin menuju gawang dan penjaga gol Helmi Eliza Elias, yang beberapa jam terdahulu diisytihar Pemain Paling Popular dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, sekadar menampan bola ke kaki Seator yang menyambar peluang itu dengan senang hati. Namun Kedah bukan calang-calang pasukan. Dengan Nelson San Martin menjadi kemudi tengah membekalkan peluang kepada Marlon James dan Khyril Muhymeen Zambri, hantaran dan pergerakan Hijau Kuning lebih kemas.
Menerusi satu umpanan tepat Nelson, Marlon meloloskan diri sebelum menyepak jaringan penyamaan dengan tenang pada minit ke-32. Belum sempat Selangor bangkit bernafas semula, Kedah menghukum kealpaan benteng pertahan Merah Kuning seminit kemudian.
Percubaan Khyril Muhymeen Zambri ditampan Evans Chisulo dan bola yang berlegar sekitar luar petak penalti itu pantas disambar oleh Nelson yang melihat tendangannya mencecah jaring Suffian Abdul Rahman. Lima minit kemudian gol Selangor bocor lagi. Tertekan, bek Selangor Razman Roslan tersilap umpan kepada Fadly Baharom, Pemain Muda Paling Popular 2008, yang terus menyepak tinggi menewaskan Suffian. Dengan kedudukan 3-1 kepada Kedah pada separuh masa pertama, sudah tentu Selangor sukar untuk mengheret Kedah ke masa tambahan. Bagaimanapun, Safee Sali memberi sekelumit harapan kepada penyokong setia Selangor apabila dia merapatkan kedudukan pada minit ke-78 menerusi percubaan cantik dari luar kotak penalti. Kesudahannya, bagaimanapun, tidak berubah. Kedah mengekalkan kejuaraan, manakala Nelson dinobatkan selaku Pemain Terbaik Perlawanan.
i've been there n seen that..memang best giler 3/4 of the stadium dipenuhi oleh penyokong kedah.ni kira kenangan la sbb 1st time p tgk bola n memang tidak mengecewakan. =) head off la malam tu..masa gol tu mmg aku kun n mas lompat tak ingat dunia..disebabkan jarak gol kedah yg 1st ngan yg 2nd tu tak berapa jauh masanya, sakit dada gak lah melompat...yelah lama tak excersize..haha..thumbs up la...pas ni nak p tgk lagi..

0 comments:

Post a Comment