CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 22, 2010

Robohnya Tembok Penjara Pudu

Tepat jam 10 malam semalam dengan rasminya penjara pudu dirobohkan. Difahamkan ia dirobohkan berikutan dengan projek untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dikawasan Jalan Hang Tuah. Walaupun mendapat tentangan dr org awam, projek tersebut tetap dijalankan.
Serba sedikit tentang sejarah Penjara Pudu :

Gambar penjara pudu yg diambil dr Times Square

Penjara Pudu dibina pada tahun 1891 iaitu pada zaman pemerintahan British. Keluasan Penjara Pudu boleh menampung lebih kurang 600 orang banduan. Dari masa ke semasa penambahan sel dilakukan di Penjara Pudu sehingga 6 buah blok dan mengandungi 130 sel dengan kapasiti 2000 org banduan. Selepas Penjara Pudu dipindahkan, penjara tersebut dijadikan muzium dan dibuka untuk org ramai.

Bagi aku sendiri, xpenah pegi sana. Lalu depan je penah sbb jalan dr Times Square nak pegi stesen Hang Tuah. Hihi.

0 comments:

Post a Comment